Oct 24, 2008

JAMUAN HARI RAYA DAN DEEPAVALI PERINGKAT DAERAH JEMPOL (PART 2)

Assalamualaikum sume....
Seperti yang dijanjikan, aku nak kongsi plak pada hari kejadian.. meriah jgak semalam.
Ramai tetamu yang hadir. Tetamu terdiri dari pelbagai kaum, ade Melayu, ade Cine, ade India, kaum lain2 aku tak perasan plak. Aku trun lambat cikit semalam..

Beginilah suasana di hari kejadian.. mase aku datang tu dah ramai orang yang ade kat sane..


Akak ni sebenar mengalami konflik.. konflik ape??? Konflik tak tau nak makan ape.. sebab byk sgt hidangan yang disediakan, antaranye, Sate(..sedih tak dapat makan.. sebab da hbis..wuaaaa!!!), hidangan nasi lemak yang lengkap(..ade telur, timun, sambal), lemang ngan rending, mee n meehoon kari, roti jala n kari, buah2han, pelbagai jenis air, n yang paling best Cendooool… heheh..




Ni r gerai Pejabat Daerah dan Tanah Jempol(..tempat aku praktikal ni..). cantikkan.. memang r cantik, gerai ni dapat hadiah gerai tercantik tau.. tapi no 3 r..ok r tu.. byk tau jabatan yang bukak gerai tp PDJL jgak yang terpilih.. X caye??



Ha ni r buktinye.. besar kan hampernye.. yang baju merah tu kak Ana(..akak ni klakar gler..heheh), yang comel sebelah kak Ana tu, mesti r kak Leha.. staff kat unit aku tu.. Die r yang amik hadiah tu semalam.. bangga kan kak Leha.. Dapat jgak r aku bawak balik nasi goreng cina sebungkus.. tp byk udang kecik2 tu, aku kene ketepikan dulu sebelum makan(..allergic..hehe)..

Ha ni gambar2 dari pandangan atas (..aku capture dari helicopter tau..)







Ha yang tu antara pegawai2 kat cni.. diorang tgu orang2 penting datang. Yang baju hitam tu r DO (..pegawai daerah Jempol..)

K r setakat tu yang aku dapat kongsi ngan korang. Agak kekenyangan jugak r ptg semalam.. pling sedap cendol die..
Ok r Adios…

Oct 23, 2008

JAMUAN HARI RAYA N DEEPAVALI PERINGKAT DAERAH JEMPOL (PART 1)

Asslamualaikum my frenZ..

Rase nye blom terlambat lagi tok aku wish “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN” n “HAPPY DEEPAVALI” tok sume member yang selalu visit blog aku. Thanks a lot..

Kali ni aku nak kongsi pasal Jamuan Hari Raya n Deepavali peringkat daerah Jempol yang diadakan kat perkarangan Komplek pejabat - pejabat Kerajaan tempat aku praktikal ni. Akan diadakan pada hari Khamis 23hb oktober 2008, pukul 2 hingga 5 ptg.

Jamuan agak besar jgak cz gabungan sume Jabatan2 kerajaan yang ade sekitar daerah Jempol ni. Dan setiap jabatan perlu menyediakan menu masing2 mengikut persetujuan mase meeting seblum ni (..jgn tak tau, aku pun dah 2x masuk meeting tu tau..dapat jgak rase masuk meeting kan..).

Unit aku diberi tugas untuk menyediakan dan menghantar kad jemputan. Banyak wo.. mybe hampir or lebih dari 1000 kad jemputan. Aku pun terlibat same dalam tugas tersebut.. letih gak r tp best.

Ni gambar2 persiapan untuk majlis tersebut..

Ni lah tapak untuk majlis tersebut..


Ni baru masukkan sedikit kerusi2 untuk jemputan yang datang..

Gambar seterusnye ni diambil mase pagi hari sekitar pukul 8 .30 pg pada hari majlis tersebut diadakan.


Meja dan kerusi dah siap disusun.. yang tempat warne oren kuninh tu sebenarnye tempat parking dan dijadikan gerai2 makanan..





Beginilah susunan kerusi n meja untuk jemputan yang datang..

Petang ni jamuan tersebut akan berlangsung. Jemputan yang dijangka hadir adalah 5000 orang(..fuiyyo ramai beb..)
So, esok esok or luse aku update lagi dengan gambar2 sewaktu jamuan berlangsung,k..Insyaallah… da..

Oct 20, 2008

PRAKTIKAL DE' PEJABAT DAERAH DAN TANAH JEMPOL



Salam semua.. sori lame tak update. Ha ni kisah aku mase sedang berpraktikal kat Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, N9. Cantik kan bangunannye n tempat unit aku kat atas sekali Unit Pentadbiran. Nampak kan?? Kalau tak nampak pun wat2 nampak je r yeh.hik3!!
Mase aku publish post ni, aku ade kurang 5 hari je lagi kat cni..

Perasaan aku? Ermm… bercampur baur r. Rase sedih sebab tinggalkan sume staff kat cni yang memang best2, cam Kak Leha, Daus , kak Ayu(..Puan Seri Ayu), kak Kama, kak Kiah, kak Nadia , Abg Joe, abg Pad, Uncle Ramu, En Basir, Wani, CC Mustapa dan Penyelia aku kat cni, Pn Isnizawati. Rase seronok sebab dah habis menamatkan Diploma aku (Diploma Sains Komputer)..Insyaallah… Rase risau sebab tak lame lagi aku kne present mybe kat UiTM Melaka(wlwpun aku belajar kat UiTM Segamat). Doakan sume nye berjalan lancar,k..

Aku nak kongsi gak r ngan sume mase kat tempat kje aku.. Ha, mase hari Jumaat 17 Oktober 2008, pihak unit pentadbiran ade wat majlis Perpisahan untuk aku ngan sorang lagi budak praktikal yang tamat pada hari tu jgak, Kina. Tp aku lagi seminggu, tp combine sekali.



Aku kongsi kan gambar2 nye ngan korang k…


Ha, ni mase kne bg ucapan, tau2 je r kan klw tak wat persediaan n takde text, agak berterabur jgak r ucapan aku mase tu. Ape pun mesej nye nak ucap thanks n time kasih atas segalanye.

Mase amik cenderahati dari Puan Isnizawati, pegawai kat cni merangkap penyelia aku. Cantik kan. dh kahwin tau anak sorang..hehe.. yang paki bju melayu kelabu tu CC Mustapa, sebelah die MC mase majlis ni merangkap pak lawak jugak r kat unit ni, Abg Joe, yang sorang lg yang cam nak g nikah tu, Abg Pad (..tibe2 je dating n posing..hehe)..

Nak tgk cenderahati aku tu?? Jap eh..

Ni r cederahati aku. Aku dah bukak dah kat umah, yang dalam envelope siap ber reben tu, sijil, n yang berbungkus biru siap kipas tu Baju T-Shirt warne kuning(..Cantik bangat.. thanks…)
Majlis ni amat bermakne wat aku.. kire cam kenangan manis r..



Ni tempat aku slalu duduk n wat kje aku(..tempat Daus sebenarnye), hah? Sape tu? Ha, yang Abang Comel tu, Abang Arif, Driver kat cni, n Adik manis tu, Wani, PA baru (..thanks sebab belanje kitorang Pizza..)
Ni r akak2 kat cni, yang baju oren pandang cni tu kak Kiah(..plg mempunyai otak yang boleh menyimpan byk no tau.. suspect r ngan kak kiah ni..), sorang lagi yang pkai bju oren tu kak Leha (...yang comel2 n pemalu bile aku nak amik gambar..rugi sape tak kenal..), bju hijau lumut air kolam tu kak Kama (.. gile2 ckit, suke chatting n merupakan pengguna Tagged yang aktif..) yang baju maroon tu r Kina, budak prak tikal yang aku cite td.. nak tau diorang wat pe? Aku rase tgh ber gosiiippppp r.. ssshhhhh!!!
Di kesempatan ni, aku nak ucap byk2 time kasih atas kerjasame n nilai kekeluargaan yang telah diberikan selama aku kat cni. Aku pasti merindui semua. Slalu r email,k. eh, lupe nak mintak maaf plak, mintak maaf klw ade tersalah kata, terlanjur perbuatan, yang kurang menyenangkan semua,k. wat Daus ngan Ijan, thanks a lot coz byk bg tunjuk ajar kat aku dalam menyiapkan sistem SISPIL(SIStem Pergerakan FaIL) n Web Pejabat tu..


Tak lupe jgak staff2 kat unit Pembangunan (..lebih kurang seminggu lebih aku kat unit tu…) cam Kak Devi(kawan akak aku), abg Azli, abg Wafi, kak zila (selamat dapat baby kembar, Tahniah kak zila), kak Jue n CC Zul,En Fadheli(Muke die garanggg tp hati die baik..) En YM Raja, n En Isa n Sume tok2 penghulu kat situ. Time kasih bebanyak.

N tok semua pelajar praktikal yang lain cam Sueparjo(tu name special die, name betul nye Su), Ain, Yus, Kina n Dayah, friend 4ever,k.
Lupe plak thanks tok DO(Pegawai Daerah), Tuan Hasnul.. tak semapt r nak kenal2 ngan die, biase r always bz ngan meeting nye..

Oct 6, 2008

LUAHAN RASA!!!

Assalamualaikum semua...

Ruangan baru ni dicipta khas untuk anda semua.. Nama ruangan ni "LUAHAN RASA", anda semua boleh meluahkan apa sahaja masalah anda di dalam ruangan ni, dan insyallah jika ade sesiapa yang membaca masalah anda boleh memberi respond, kita lihat ape cara ternaik untuk anda untuk menyelesaikan masalah ni.. Caranye?? owh senang je.. just click "comment" di bahagian bawah slot ni, then dibahagian komen, luahkan masalah, isi hati tau ape sahaja, jangan lupe tajuk masalah anda supaye pembace yang lain boleh komen berdasarkan tajuk anda.Dan untuk sesiape yang telah membace masalah member2 kite, berikan kan respond, just taip tajuk masalah yang hendak dikomen pada awal komen anda.. Jom Kita Tunjukkan Keprihatinan Kite Sebagai "KawaN yang Sejati!!".. cube r sekarang.. LuAh KAn RAsA anDA DiSini!!