Dec 28, 2011

Cuti cuti....

Assalamualaikum sume...


Hari ni adalah 28hb... Yg best nye aku masih cuti... Cuti ape? Ermmm cuti ape yeh? Heheh.. Cuti2 tahunan aku yg melambak tu kan. Harus la digunakan..


     Pejam celik pejam celik dah setahun kan.. Ermmm rse cam cepat sangat... Pepon wish me success dapat kje baru yang sesuai dengan aku k.. Ok la.. Daaa.. Jumpa lg... Nak tido.. Huhuh..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Nov 22, 2011

Pulau Pinang...

Assalamualaikum...

Saja nak kongsi cerita... hujung minggu lepas yakni 19hb - 20hb 2011, aku ke Pulau pinang.. First smp PP... ermm agak excited...lagi masa lalu Jambatan Pulau Pinang.. syiookk.. Officemate kawen...

19 Nov 2011

Menunggu member datang menjemput kitorang (officemate), hampir kol 11 kot dia smp, semppat tertido.. huhuh.. Then teruskan perjalanan perjalanan mengambil masa kira2 5 Jam.. Dengan kesesakan lalu lintasnya, hujan nya, so mmg lmbat la.. Then smp ke jambatan PP.. Kena bayar tol da.. RM7 untuk masuk ke PP.. Panjang jambatan nye... Pastu cari Hotel yang telah aku booking, hotel ape? erm.... Gurney Zahra Inn... Not bad la.. harga pun xmahal sgt, amik Deluxe size, RM109.. Setelah selamat check-in dan solat, terus keluar cari makan.. lapar beb..




Apa lagi cari Nasi Kandaq(loghat utagha).. Info dari receptionist tu, yang fofular LineClear.. Kat Penang Road.. Boleh tahan la sedap nya, walaupun kedai nya tepi bangunan je tp tetap beratur panjang.. Terbaeekkk... Setelah kenyang, tentatif diteruskan dengan menghantar slh seorang dr member aku ke rumah pengantin sebab dia jadi Photographer... Sekali lagi melintasi Jambatan PP.. lepas hantar kitorang terus pulang ke pulau, sekali lgi melintasi jambatan PP.. heheh.. Kami menuju ke Batu Feringgi.. Dah malam dah mse tu dalam pukul 8 lebih.. kt cne meriah ngan Night Market.. Macam2 barang yang ade kt sana.. Aku beli something.. Apa? Rahsia.. huhuh...

Lepas tu kami terus pulang ke tempat penginapan. Lepas park kete, kami xnaik bilik terus, kami mencari tempat makan yang berhampiran.. Banyak gerai2.. Seorang makan Nasi lemak Cilibilis, seorang makan pesemboq, aku makan char kuey teaw... Sedap jgak... pastu baru blik berehat dan tdo...

20 Nov 2011

To Be Continue.....

Nov 8, 2011

Jangan begitu A.N.G.K.U.H.....

Assalamualaikum...


Post kali ni saje je nak share something... Kita tidak perlu menjadi terlalu angkuh dengan diri sendiri kerana pencipta adalah yang Maha Esa... Yang baik jadikan ikhtibar, yang buruk jadikan sempadan.. Doakan mereka mendapat hidayah, begitu juga kita.. Contoh Irma Hasmie kan.. dah berhijrah da.. Insyaallah... k la.. da... =)

Oct 30, 2011

Hoben jang Hoben!!

Assalamualaikum..

Berakhirlah sudah Piala Malaysia musim ini.. Tahniah kepada Pasukan Nogoghi Sembilan.. Korang memang terbaek dengan jaringan kemenangan 2-1 terhadap Terengganu.. Ucapan terima kasih juga kepada Hai-O yang telah menjaringkan gol.. You're the best bro...

Ni senarai kesebelasan N9...

  1. Norhafiz Zamani Misbah
  2. S. Kunanlan
  3. Mohamad Aidil Zafuan
  4. Shaurain Abu Samah
  5. Abdul Halim Zainal
  6. Muhamad Shukor Adan (K)
  7. Qhairul Anwar Roslani
  8. Idris Abd Karim
  9. Hairuddin Omar
  10. Irwan Fadli Idrus
  11. Mohd Farizal Marlias (pg)

Tapi syg aku xdapat tengok streaming pon xdapat.. takpe2 nti aku download.. heheh.. Pepon tahniah lagi sekali kepada waghih2 nogoghi ni, bersusah payah harumkan namo nogoghi kito.. Terengganu dh kono hoben... heheh.. xpe2 kepada Terengganu, keep it up for next year ok.. Peace no war!!

Oct 7, 2011

Gigi Bongsu/Wisdom Tooth...

Assalamualaikum kamu semua...

Topik hari ini gigi bongsu ataupun dipanggil wisdom tooth.. Gigi ni special sikit sbb paling lmbt tumbuh kan.. Biasanya ia akan tumbuh pada umur 17-25 tahun... Kebanyakkanya la kan...

Pada waktu penumbuhannya, kesan nye berbeza untuk setiap org ada yang tubuh dengan baik, ada yang sangat sakit sbb senget dan ade yang tak boleh tumbuh sebab terhalang.. Yang itu lagi la sakit.. Kalau nak cabut pon kena buat minor sugery..

Kalau tumbuh xbetul, boleh la dicabut.. Kalau cabut di klinik swasta, kos nya boleh mencecah rm500 sebatang... So, kalau nak murah pergi la klinik kerajaan.. Hehhe

Kenapa tetiba je aku nak kongsi pasal benda ni kan... Sebab aku sedang mengalami nya.. Oooohhhhh tidak... Sakittttt.... Gusi bengkak.... Dah 4 hari xmkn nasi.... Rindu giler kat nasi.... Kalau nak makan kena makan makanan yang lembik2 je....

Tapi mengikut kata doktor itu normal... Memang sangat sakit ok.... Takpa2 sabar ye wahai diri... Dah g klinik.. Memang doktor tak boleh buat apa2 kalau masa gusi bengkak... Just boleh bg ubat Ponstan (tahan sakit) dan antibiotik.. Apa pun kena gosok gigi bersih2 walaupun sakit dan berkumur la dengan listerine ke atau apa yang sewaktu dengannya untuk mengelakkan jangkitan...

Ok la doakan aku cepat sembuh tau.. Aku nak makan nasi banyak2... Tu diaaaaaaa... Hehhe.. K daaaa. Assalamualaikum...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sep 20, 2011

Hobi Baru yang menyeramkan part II

Assalamualikum....

Ha... seperti yang dijanjikan.. sambungan cerita semalam... ok semalam sampai tok bomoh tu bersetuju tetapi dengan syarat kan.. apa syarat nya? ikuti kisah selanjut nya.....

Syarat?? apa syarat nya? kata wanita tersebut..

"Kamu tak boleh takut dengan apa jua bentuk jelmaan arwah mak kamu nanti, jika kamu takut, ia akan menghantui mu sampai bila2..."

Wanita tu pon terperanjat dan berfikir.. ala walau teruk mana pon bentuk jelmaan tu, tu tetap ibu aku... katanya dan terus bersetuju.. selepas tu adalah bomoh tu suh wat apa entah kan dalam salah bilik di rumahnya dengan syarat ketika dia sedang bersendirian tanpa suaminya.. Kebetulan, pada ketika itu suaminya outstation.. Dia memilih bilik tidurnya di tingkat tiga.. selang beberapa hari suatu kejadian pelik berlaku, sepeti ada sesuatu akan terjadi.. Dia dapat merasakannya.. Alangkah terperanjatnya dia apabila terlihat sekujur jenazah siap berkafan di bilik nya dengan wajah ibunya sambil memanggil nya...

"XXXX(nama wanita itu..lupa namanya)... ibu datang nak..."

Dia sangat terkejut dan rasa nak lari tp dia teringat pesan bomoh tersebut, maka terus memberanikan diri. Dia meminta maaf kepada ibunya dan melepaskan semua hasrat nya.. selepas itu, dia melelapkan mata (mengikut arahan bomoh apabila sudah selesai semuanya..) dan susuk tubuh itu hilang..

Dia ingat perkara tersebut selesai setakat itu sahaja, rupanya bomoh itu terlupa memberitahunya satu perkara yang sangat penting iaitu, "benda" tersebut akan datang setiap kali suaminya tiada dirumah.. pelbagai ganguan yang berlaku pada ketika itu.. Dia pernah berjumpa kembali bomoh tersebut untuk meminta bantuan tetapi bomoh itu enggan membantunya.. Dan perkara itu berterusan sehingga sekarang.. Dia telah pon menceritakan kesalahannya itu kepada suaminya.. Mereka masih belum dapat menyelesaikan perkara tersebut, bilik di tingkat tiga itu dibiarkan kosong. Malam2 ada sahaja bunyi2 pelik yang kedengaran..

Begitulah kisah nya.. klw dengar waktu lebih kurang 1 pagi memang sangat best, seolah2 dapat membayangkannya.. Oklah klw de kisah2 best lagi masa aku aku wat hobi baru ni, aku kongsi lagi k ngan korang... k da~~

Nota Kaki: Kan bgus anda mendoakan sahaja untuk arwah kan.. lagi bagus.. Hargai parents anda sewaktu mereka masih hidup dan terus mendoakannya walaupon ketika mereka telah tiada.. Miss my parents..

Hobi Baru yang Menyeramkan....

Assalamualaikum kawan2 blog...

Hai.. Alhamdulillah dapat jgak post entry baru... Buat pengetahuan semua, jam sekarang menunjukan pukul 2.57 pagi... Huh!

Firstly aku nak kongsi dengan korang environment dibilik aku sekarang.. Suasana sangat gelap dan ditemani bunyi deras kipas syiling aku bekerja.. Samar2 sedikit cahaya dr tingkat bawah menyusuri celahan tangga menuju ke bilik aku tingkat paling atas.. Dengan terang cahaya yang terhasil dari skrin handphone aku, aku terus menaip.. Mudah jgak dengan adanya aplikasi blogger di handphone ni.. Update bila2 masa dimana shj, even diatas tilam sebelum tido..

Ok.. Dengan mood seram aku terus gagah menyentuh skrin handphone aku berusaha menyudahkan entry ni.. Dengan sedikit perasaan seram.. Maklumlah baru lepas buat hobi baru aku ni.. Nak tau ape? Ok aku cite...

Setiap isnin sampai jumaat dari pukul 12 tgh malam sehingga 2 pagi, aku akan on radio Ria.. Ni siaran singapura yang aku ikuti melalui internet. Nak tau rancangan / slot ape... Misteri Jam 12.. Memang sangat seram dimana DJ yang bertugas iaitu DJ KC akan berkongsi pengalaman2 pendengar yang dihantar melalui emel, sms, laman sesawang facebook mahupun yang menelefon sendiri konti radio berkenaan..

Seperti biasa br td aku layan radio tu.. Pelbagai kisah yang diketengah kan sebentar td.. Aku nak kongsi 1 kisah yang best bg aku... Tp aku ringkaskan lah yeh.. Letih plak menaip.. Hihi ok aku cuba cerita dengan ringkas dan padat.. Seram plak aku rasa time2 macam ni kan... Xpe ok aku teruskan....

Kisahnya mengenai seorang wanita Singapura ni yang telah berkahwin dan menetap diJerman. Alkisahnya bermula dengab mak nya yang jatuh sakit.. Dia juga pernah pulang tp tak lama lah kan.. Maklum lah suami bekerja, dia pula nak jaga anak2 dan suami dia lagi.. Then pulang semula ke Jerman.. Sehingga pada suatu hari dia mendapat panggilan ibunya dah tenat.. Dia dan keluarganya bergegas beli tiket kapal terbang, tetapi pada waktu semua operasi penerbangan lumpuh akibat jerebu yang teruk, mereka menunggu sehingga masalah tersebut reda dan operasi kembali seperti biasa tetapi sayangnya telah terlambat.. Ibunye telah pon meninggal dunia.. Die xsempat berjumpa dengan ibunya..

Oleh kerana terlalu ingin berjumpa ibunya, dia mengambil keputusan untuk berjumpa bomoh di Jerman(ada term yang lain untuk bomoh disana aku lupa.. Sori..) Dan dia sangat gembira apabila si homoh tersebut memberitahu bahawa dia boleh membantu wanita itu untuk berjumpa ibunya tetapi dengan syarat.....

To be continue.....

Tangan aku dah lenguh dan aku nak tido.. Esok kerja.... Oo sambung esok k.. Insyaallah.. Gudnite semua..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Aug 22, 2011

Suspend dowh...

Assalamualaikum...

Hari ni merupakan 22 Ogos , yang juga bermakna 22 Ramadhan.. Pejam celik pejam xcelik2 celik dah masuk fasa yang terakhir, dimana fadhilatnya kebebasan dari azab api neraka.. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dr sebelum nya..

Ok2.. Kalau korang tengok tajuk kat atas, mesti tertan

ya2 kan ape yang suspend nye.. biasa je... hahha, mmg r biasa je sbb aku belum cerita pe2 lagi, tu baru mukadimah di bulan Ramadhan (cikgu BM aku yang ajar klw nak wat karangan mesti kne ada pengenalan ngan penutup..hahha).. ok cukup..

Saje nak kongsi ngn korang cerita ni, mungkin b
oleh dijadikan bacaan lawak(xlawak ok..haha) santai, ataupun sebagai peringatan/ pengajaran.. Segalanya bermula di sebuah shopping complex kat Seremban.. Shopping pe? la shoping raya la.. aku kuar ngan aweks family aku..

Biasa lah kan diwaktu2 cam ni, memang banyak sale kan, dengan hingar-bingar manusia yang ramai, dengan "Happy Hour" sale lagi, dr 50% turun sampai 100% 70% je.. So, No wonder, begitu ramai makhluk2 kt sana kan.. termasuk lah aku.. hahah.. ye lah nak cari seluar jeans.. belum beli lagi.. =(


So, masa tengah syiiiookkk mencari, sehelai demi sehelai, sehingga berhelai2 aku try.. then xmemenuhi citarasa aku, so terpakse lah aku cari yang discount nye cikit2 je.. terjumpa lah dengan sehelai seluar ni, masih dikedai yang sama.. Mata meliar mencari discount tag.. yesssss ade, 20% je.. erm xpe lah.. kire oklah tu kan.. dari xde kan.. setelah membelek2, aku pon tanya ngan kakak kt situ, minta saiz pinggang aku, dan terus menuju ke fitting room.. Nasib baik ade 1 kosong walaupon ramai orang kan..
Dalam Fitting Room.. ala pesal ketat plak ni.. cutting dah ok.. tp pinggang muat2 je, mne boleh kan, takut masa raya, perut terbuncit terover sikit.. dah xleh pakai kan. So, aku pon kuar dan minta saiz yang lebih besar.. then masuk semula ke fitting room.. Bilik lain, tengah syiiookk try, tetibe jeng jeng jeng nama dipanggil dengan menggunakan pembesar suara.. terkejut aku.. (mase ni lah suspend bermula..).. Along aku pon dtg ke fitting room dan bertanya aku ade hilang IC ke? Aku check dompet aku, hah!!! xde!!! jeng jeng jeng


Aku suruh alongaku ambilkan kat kaunter, then along aku sampai kat aku dengan sekeping IC je.. Mana dompet aku?? aku pon terus bertanya dengan kakak kat sana, samada orang yang pulang kan ic aku tu ada bagi dompet sekali atau tidak, menurutnya orang itu perempuan, hah xde???!!! aku cool lagi, smbil berfikir.. (walaupon dalam hati aku rase cm "Aaarrrhhh mana dompet aku, $$$ yang aku baru withdraw, lesen, kad bank bla bla bla!!!").. Ok.. Releks2...


Then, ade sorang makcik ni tegur along aku, dan tanya samada dia(along) sedara aku ke, then die memulangkan dompet aku.. haaaaa legaaaaaaa.... Alhamdulillah xde satu sen pon yang lesap.. Rupa2 nya anak makcik tu yang jumpa dompet aku, dia tidak memberi kesemuanya kepada kaunter tu sebab takut ada orang yang xjujur amik duit aku.. Ya Allah memang baik dan jujur manusia itu.. bayak kali aku berterima kasih pada mereka.. tu je yang aku terfikir masa tu.. maklum lah tengah nebes lagi kan..

Menurutnya anaknya (lelaki) sebelum tu dia jugak ade jumpa handphone, dan telah memulangkan pada tuan nya.. baik kan dia... tapi sebelum kitorang berpisah ade sorang perempuan datang kepada keluarga tersebut dan bertanya pasal handphone, rupa2nya lelaki tua tak sedar diri dan *&!$%* tu bukan tuan empunya yang sebenar.. Ya Allah alangkah teruk nya akhlak orang itu, berbeza dengan orang yang telah menemuinya.. Mungkin nasib perempuan itu yang sebaik nasib aku pada waktu itu.. Alhamdulillah Ya Allah..

Aku terus kuar tanpa membeli seluar yang aku try berulang kali tu, sbb mood yang terbantut, lagipon cutting nye cm best.. terus menuju surau solat zuhur.. ok dah2.. penat aku taip panjang2 ni.. ok, aku doakan korang juga sentiasa dalam berkeadaan baik dan bernasib baik dengan bantuanNya... k.. Assalamualaikum...


p/s: tolong jgn nak excited sgt lalai ok, walaupon sibuk nak shopping raya kan, sentiasa berhati2 wala dimana anda berada.. yang baik tu amik, jadikan peribadi diri, yang teruk tu, buang jauh2, klw xnak buang jadikan teladan k.. daa


Aug 10, 2011

DuGAan RaMadhaN.....

Hai Assalamualaikum....

Apa kabar sume sahabat2 blog ku... Harap sume sihat.... Walaupon aku semalam n hari ni kurang sihat....:(

Tak tau la apa punca nya kan... Salah makan ke, terlebih makan ke, yang pasti kesan nye sangat sakit.... Hehhe.. Terpakse la aku amik mc semalam...

Ha cerita pasal mc ni, aku bengang betul ngn satu klinik ni.. Yang nama nya terpaksa dirahsiakan... Nak tau jgak? Koramg giler, kne saman aku nti... Huhu.. Cukup lah aku gtau salah satu klinik di Taman Sri Rampai... Kenapa aku bengang? Meh follow dialog ni antara aku dengan doktor...

Doc: ye, nape?(sambil berbual ngn staff die)
Aku : saya kne crit-birit dan sakit kepala...(yang doktor masih berbual dengan staff nye)
Doc : ye?
Aku : saya kne crit-birit dan sakit kepala...(yang doktor masih berbual dengan staff nye)

................ 3 kali aku ulang dialog yang sama......terbakar je aku rse.......

Doc: kenapa xdtg pagi td?
Aku : xlarat r doc... Crit brit...
Doc : sila baring..(doc tu check perut ala kadar)
Doc : tu je?
Aku : ..mengangguk.....
Aku : sy nak mc sekali ye doc...
Doc : u mau mc saja? Kenapa xmau ubat?
Aku : (terkejut..) eh tak.. Maksud saya, saya nak mc juga...
Doc : ok.. Tgu luar...

Lama gile aku tgu ubat padahal pesakit aku sorang je... Sabar chaa, ko kan sedang berpuasa...ermm ok... Lbh kurang 15 - 20 minit br dpt ubat... Huh! Taubat aku nak g klinik tu lagi... First n last...

Malam td aku xdapat tdo sebab sakit perut yang amat, ditambah dengan sakit2 badan.. (xhenti2 berzikir n doa kt tuhan supaya kurangkan rse sakit tu...) memang sangat xtahan... Alhamdulillah waktu2 getir itu dapat aku jalani wlaupon dengn genangan air mata yang tidak menitis....

Lepas sahur aku makan ubat tahan sakit, Alhamdulillah dapat melelapkan mata sejam lebih.. Sangat bersyukur...
Oklah letih dah menaip kat phone ni... See u in next post ya.. Oh ye... Please wish me get well soon ya.... :-)

P/s: semoga dugaan malam td tidak berulang, tp jika itu ketentuanNya, aku redha.....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aug 6, 2011

Selamat berpuasa!

Assalamualaikum my fren.....

Hai..... Pejam celik pejam celik, da tiba bulan ramadhan semula kan.. Cm biasa lah... Bulan ni adalah lubuk pahala untuk umat islam kan.. Untuk yang bukan islam bulan ni juga sangat istimewa sbg 'lubuk' makanan.. Hehe

Selain dr berpuasa, terawih, baca Al-Quran... Banyak lagi yang kita boleh wat kan.. Yang penting tingkat kan prestasi kurang kan kontrovesi... Ermmm spt pernah ku dengar kata2 ini tp dimana ya...

Dalam berlumba2 wat ibadah2 besar jgn lpe yang kecik2 yang sbnrnya sangat lah penting... Sperti ape? Ha'ah lah seperti ape yeh.. Ha seperti bende yang sangat asas ni.. Percakapan... Yang selalu mengumpat + mencarut + menengking + mengata dan semua men men yang len lah ye.. Kurangkan lah, yang paling baik buang terus.. Lg terbaek kan.. Pesanan ni untuk diri aku jgak yang xbrapa nak baik ni kan.. Insyaallah sesama lah kite ye...

Tetiba fikiran aku menyimpang sekejap dr ruang ni... Ter fikir juadah ape yang nak di makan berbuka nti... Hehe... Pepon ingat jgn smp membazir k... Pesanan ni pon untuk aku jgak.hahah...

K lah, letih menaip... Ha FYI, ni kali kedua aku update blog ni guna phone.. Sangat mudah + senang + easy... Sebab tu dah rajin ckit kan.. Hihi.. Akhir kata, Selamat menyambut bulan Ramadhan dan ibadah2 didalam nya.... Insyaallah..

P/s: suka layan lagu opick- Allah Ya Nur... Best.. Jom lah dengar sesama..... K daaa... C u in next post...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aug 4, 2011

Exam Oracle Java...

Assalamualaikum sume....

Hai sume.. Bersawang lagi blog aku ni kan.. Npe aku semakin "rajin" ni... Aish..... Sori ye kengkawan...

Ni nak cite ni, esok aku ade exam untuk dapatkan certification, spt yg dinyatakan kt atas tu.. Atas mne? La yang atas tu... Kt tajuk tu...

Perasaan? Erm gembira dan hurey hurey... Ish mestilah nebes... Harap2 lulus lah sbb ni target aku... Pagi td aku dah complete wat 290 soklan, so sekarang time to revision.. Ye awak, revise 290 soklan...

So ape lg tu? Xreti2 nak mule ke? Hehehe.. Ok2... Nak mule la ni... Ckit lagi... Wish me gudluck yeh... Insyaallah.. Oklah smp cni dulu k.... Bye....

P/s: Dalam bulan ramadhan ni sume ibadah kite berganda2 ganjaran nye... So, selamat berpuasa dan selamat kumpul saham akhirat k... :-))
Published with Blogger-droid v1.7.4

Mar 7, 2011

Janji yang tak tertunai....

Assalamualaikum sume...

Dah lme tak update ni, sori yek... perkembangan terbaru aku... ermmm (bajet artis lah ko chaa...huhuh)... hahah... berhubung dengan post yang sebelum ini iaitu "aku insan biasa", Alhamdulillah, tak lme lepas tu sume nye ok... thanks pada semua yang bagi komen2 yang sgt supportive... "like" 500 kali... :-)

Malam ini tetibe teringat pasal janji2 yang tak tertunai, tak kire lah janji dengan diri sendiri, ngan family mmber, kengkawan or spe2 je.. minggu lepas dah tunaikan janji ngn family..Alhamdulilah senang hati.. Dalam waktu terdekat ni, aku nak tunaikan janji ngan kawan aku dulu, dah lme die tgu.. heheh.. Insyaallah dipermudahkan urusan untuk menunaikannya.. hhihihih... janji ape? adalah ckit, tak susah pon...

HASRAT atau KEINGINAN... Adakah itu adalah sejenis janji untuk diri sendiri??? Ermmm... xkesah lah pe jgak maksud atau "term" yang digunakan, yang penting kalau kita rase cm boleh mencapai nye, sesuai dengan keadaan dan kemampuan kite, just do our best to get it.. rite?? spe setuju angkat kaki... hahaha

Oklah lah, nti kite cite2 lagi.. da...

nota kaki: Sesungguhnya menunaikan janji adalah tanggungjawab insan~~

Feb 7, 2011

~~Aku InSan BiAsa~~

Hai Assalamualaikum sume...

Hari ni 1st day la kan aku bekerje lepas cuti Tahun Baru Cina.. eermm entry kali ni cm emo ckit lah kan.. xkesah lah korang suke ke x kan.. layan kan je lah aku ni.. klw korang xnak layan aku spe lg nak layan kan.. cian aku kan...

Semalam aku msj "si die", si die? ha'ah die lah.. (shy shy cat tp cedey..) Die cm marah2, tetibe die ckap sedey je ngn aku.. maybe aku dah wat die terasa kot, tp sumpah aku xtau nape... suh ckp die xnak ckp plak.. maybe die marah sgt kot ngn aku..dah lah sekang cm jauh je jarang jumpe... sebelum ni xpenah lg berpisah jauh lme kecuali mse aku practical n die still study mse diploma.. sejak dip smp sekarang selalu nye dekat je.. sebab dapat further study kat tempat sme, umah sewa pon dekat2..

Erm... Aku tau aku ni dah lah xsempurna kan.. nak ckp baek pon xjugak.. Mungkin aku xdapat jd ape yang die expect me to be.. Aku ni xcukup baek n xcukup caring tok gadis cm die kot.. Aku Insan Biasa, byk kelemahan, dan jauh dari kesempurnaan..

Apelah aku ni kan, Die sorang pon susah nak jge, teruk2, ermm Aku insan Biasa~~

K lah xnak tulis panjang... xnak ade hati yang sakit atau terasa ngn entry ni.. just sharing my sadness just wif u my frenss... tq for reading..

nota kaki: Rindu kenangan bersama nye~~ Moga panjang hubungan kami.. Insyaallah..

Feb 3, 2011

Gong Xi Fa Cai~~

Assalamualaikum sume....

Hai korang, mesti korang seronok hari ni kan.. sbb ape? la mesti lah sbb cuti.. korang kan suke cuti.. (aku? ermmm suke jgak.. haha..) sbb dh ade kat umah dah.. yeay!!

Firstly, i would like to wish "Gong xi Fa Cai" to all Malaysian.. especially for Chinese.. Hepi New year!! Korang tau tahun ni tahun ape tok diorang? tahu? xtahu? xpe2 aku gtau.. tahun Rabbit lah.. do you want to about this year? ok let continue reading..

.
.
.
.
.
.



Year of Rabbit:

Mengikut horoscope nye, Tahun ini adalah kitaran ke-4 mengikut bulan harimau dan akan berulang setiap 12 tahun.. So, tahun2 rabbit adalah 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999.. ade tak kne ngan tahun lahir orang? aku xde.. hehe

Nak tau characteristics org2 yaang berada dalam tahun rabbit? lets continue..

.
.
.
.
.

Ciri2 nye adalah:

Lebih kurang cm baik, bertimbangrasa, pandai, fashionable jgak dan obsesi orangnye..

Nak tau ape pekerjaan yang sesuai dengan mereka?

  1. Therapist,
  2. Teacher(orang bertimbangrasa kan..),
  3. Actor(mybe sbb fashionable kot..),
  4. Fashion designer,
  5. musician,
  6. doctor
  7. dan ade lg yang len lah kan...

K lah dah ngantok lah.. cukup lah sekadar itu dulu yeh.. Jumpa lagi, da...

Nota kaki: Mesti diorang dah makan besar petang td kan.. hoho betul2 Holiauu~~(xde kne mngena kan.. huhuh)

Jan 31, 2011

I'm BacK!!!

Assalamualaikum kengkawan ku...

Aku kembali lagi setelah beberapa ketika menyepi putus dari alam maya.. huh! akhirnya aku kembali.. heheh

Ape?? cerita?? erm banyak gak cerita nak kongsi tp cm dah lme tertinggal kan.. kang jadi telenovela lah plak post ni kan..

Aku cite cikit2 je lah yeh... just perkembangan terbaru aku lah kan.. ye lah aku lah.. takkkan korang plak kan.. hahahha... 1st of all, aku dah pindah umah baru dah.. (umah sewa je cha'a..) baekk.. umah sewa baru... kat KL.. dri N9 merantau ke Johor(diplomaku...) ke selangor (degreeku..) sekarang? tarrraaaaa di KL... oklah tu kan.. kire merantau lah tu..




Kehidupan aku kat cni? erm.. oklah... ramai kengkwan baru, housemate baru, 8 orang.. sumenye ade character dan tabiat masing2.. mungkin kepelbagaian itu yang akan mewarna kan kehidupan aku kat sini, untuk setahun akan datang.. itu lah kehidupan kan..


Sekarang ni aku dah keje (keje ke r? erm lebey kurang lah..) Lbh kurang on job training la.. best jugak kan so far lah.. utk yang akan dtg xtau lagi, tgu je lah post2 aku yang akan dtg, ntah manis ke pahit ke, suam2 kuku ke kan.. tgu je lah yeh.. nti aku kongsi ngn korang.. bukan pe yang baik jd teladan kan..


ni hanya gambar hiasan ok.. not mine!

Gaji? erm dah kuar dah... (tolong jgn suh open table ok..) bukan pe itulah permintaan kebanyakkan kwn2 ku sekang, bukan dekut ke ape ke, just ekonomi tak stabil lagi.. kepada mereka yang dah bekerje mesti paham kan, bulan tu nye gaji, hbis bayar hutang, itu lah, ini lah.. klw bulan ke 2 o ke3 tu, insyaallah..(maher zain yang ckp bukan aku.. heheh)


Tp best dapat belanje anak2 buah kesayangan aku makan, family, dpt bg mak ckit(untuk dpt berkat..penting tu..) blanje2 tok diri sendri ckit..hehhe..

Buat pengetahuan korang(kpd yang nak tau je lah..), ketika ini aku baru smp ke rumah sewa ku..nek moto.. saing ngan sorang housemate meerangkap mmber aku... 1st balik kg nek moto.. heheh.. Mak risau je.. hehhe.. lg2 td.. mne tak nye hujan xbehenti2 sejak pg smp mlm.. terpancar wajah kerisauan mak mase aku nak balik td.. but dunwori mak.. anakmu selamat..=)

Sekang lbh kurang 3.47 am.. pe lagi cha'a.. xreti2 nak tido.. esok kne bgun pagi kan.. (erm... bae..) dah lah tu penat r jari jemari aku ni.. ngee~(spe suh berblog kan..)



p/s: jom tido ngantuk lah..da....

Jan 16, 2011

Best Bersama Kengkawan..

Assalamualaikum sume....

Hari ni bermulanya hari ahad.. bru je setengah jam kan... hujung minggu ni ade terisi cikit ujung minggu aku..

Setibanya hari jumaat, hari pon seronok... nape? 1st mesti lah sebab Itu penghulu segala hari kan(baik kan aku... hehehe), 2nd sbb esok nye cuti................. wah best nye... malam tu ade mmbr aku dtg shah alam dan kami keluar mlm tu g menunujukkan bakat yang terpendam (mmg pattut dipendam pon.. haahh) Sume di sponsor olehnye.. TQ so much bro...kami pergi bertiga.. best sgt + puas.. mne tak nye 3 jam beb di salah sebuah hotel kat cni.. cni? ha'ah cni lah..(nme hotel dirahsiakn sbb hotel tu tak byr aku pe2 untuk promo ok..) Memaang sakit tekak lah masing2, cm konsert kan.. hahaha



(konon nye kn...heee)


Hari sbtu plak mak, along, abg, n anak2 buah kesayangan aku dtg.. bkn sesaje tp amik brang2 aku, maklum lah xlme lg nak pindah dh umah baru kat KL... kat mne? kat KL lah(maaf nme tempat itu juga dirahsiakan atas sbb yang smee.. adehhhh...) Lepas tu terus g KL, sbb bakal housemate aku nak tgk umah tu, die tak penah tgk lagi... so, kitorang gi lah.. smppai cne, hujan plak.. lepak2 n borak2 dulu.. hampir magrib baru lah balik.. then balik tu singgah kat kedai makan. makan mlm lah kan.. lapar wei.. makan Pecal Ayam.. sodappppp... erk... Alhamdulilllaah(sori...hehehhe)..


Pastu balik umah, internet dah ok, wah gembire beb, mne taknye, hampir seminggu aku terputus hubungan ngan kawan2 alam mayaku dan Cityville aku(adehhh) ye lah habis layu tanaman aku... tetapi alangkah baik nye sume neighbours aku kan, tlong revive kan.. tq jiran2 ku... sweettt laah korang... heheh smpai sekang aku online... dapat lah update blog aku ni kan.. wink2!!

K lah nak g kerje jap.. keje apee? ala kat bandar aku di alam maya ni lah.. waduh2 gile teruk ko ni chaa.. k lah da...


nota kaki; cityville2 jgk, jgn smpai tingal sembahyang n tido udah.. ngeee~~

Jan 1, 2011

Hepi New Year 2011!!!!!

Assalamualaikum sume....

Today 1.1.11 kan.. wah dah masuk tahun baru lah.. Hepi New Year korang!!!n entry ni pon di post pada 1st day in 2011... tetibe semangat tahun baru kan...

Azam? erm... aduh malas r nak pk azam baru ni.. jap give me a second to think about that(just a second?, chaa, ko ingat ni ape nak pk sekejap je.. hahah) Biarlah kan.. So aku dah dapat jwapannya, nak tau? continue reading ok...

Azam 2011 aku adalah.............

-> wanna be a better person, learner,son, hamba Allah dan good fren...
-> have a good career..
-> nak kumpul duitttttt... utk ape? shhh... rahsia kerajaan langit ok..kerajaan langit?Oh tidak.. dosa dosa dosa.. ngee~~

Walaupon bunyi cm simple, tp kire ok lah, ade jugak azam kan.. ko ade? ke lg best? hahaah.. By the way, aku nak gtau yang aku kat umah bersama my family n anak2 buah permata hatiku.. yeaayy!! seronok bangat cume sedey ckit anak sorang anak buah aku ade kat hospital.. not well.. please doakan die sihat as soon as possible ok.. Insyaallah~~


Nota kaki: Ya Allah.. jadikan tahun 2011 ini, tahun yang lebih baik dr tahun2 sebelum nya untuk aku, family, kawan, umat islam seluruhnya dan Malaysia... =)