Sep 20, 2011

Hobi Baru yang menyeramkan part II

Assalamualikum....

Ha... seperti yang dijanjikan.. sambungan cerita semalam... ok semalam sampai tok bomoh tu bersetuju tetapi dengan syarat kan.. apa syarat nya? ikuti kisah selanjut nya.....

Syarat?? apa syarat nya? kata wanita tersebut..

"Kamu tak boleh takut dengan apa jua bentuk jelmaan arwah mak kamu nanti, jika kamu takut, ia akan menghantui mu sampai bila2..."

Wanita tu pon terperanjat dan berfikir.. ala walau teruk mana pon bentuk jelmaan tu, tu tetap ibu aku... katanya dan terus bersetuju.. selepas tu adalah bomoh tu suh wat apa entah kan dalam salah bilik di rumahnya dengan syarat ketika dia sedang bersendirian tanpa suaminya.. Kebetulan, pada ketika itu suaminya outstation.. Dia memilih bilik tidurnya di tingkat tiga.. selang beberapa hari suatu kejadian pelik berlaku, sepeti ada sesuatu akan terjadi.. Dia dapat merasakannya.. Alangkah terperanjatnya dia apabila terlihat sekujur jenazah siap berkafan di bilik nya dengan wajah ibunya sambil memanggil nya...

"XXXX(nama wanita itu..lupa namanya)... ibu datang nak..."

Dia sangat terkejut dan rasa nak lari tp dia teringat pesan bomoh tersebut, maka terus memberanikan diri. Dia meminta maaf kepada ibunya dan melepaskan semua hasrat nya.. selepas itu, dia melelapkan mata (mengikut arahan bomoh apabila sudah selesai semuanya..) dan susuk tubuh itu hilang..

Dia ingat perkara tersebut selesai setakat itu sahaja, rupanya bomoh itu terlupa memberitahunya satu perkara yang sangat penting iaitu, "benda" tersebut akan datang setiap kali suaminya tiada dirumah.. pelbagai ganguan yang berlaku pada ketika itu.. Dia pernah berjumpa kembali bomoh tersebut untuk meminta bantuan tetapi bomoh itu enggan membantunya.. Dan perkara itu berterusan sehingga sekarang.. Dia telah pon menceritakan kesalahannya itu kepada suaminya.. Mereka masih belum dapat menyelesaikan perkara tersebut, bilik di tingkat tiga itu dibiarkan kosong. Malam2 ada sahaja bunyi2 pelik yang kedengaran..

Begitulah kisah nya.. klw dengar waktu lebih kurang 1 pagi memang sangat best, seolah2 dapat membayangkannya.. Oklah klw de kisah2 best lagi masa aku aku wat hobi baru ni, aku kongsi lagi k ngan korang... k da~~

Nota Kaki: Kan bgus anda mendoakan sahaja untuk arwah kan.. lagi bagus.. Hargai parents anda sewaktu mereka masih hidup dan terus mendoakannya walaupon ketika mereka telah tiada.. Miss my parents..

Hobi Baru yang Menyeramkan....

Assalamualaikum kawan2 blog...

Hai.. Alhamdulillah dapat jgak post entry baru... Buat pengetahuan semua, jam sekarang menunjukan pukul 2.57 pagi... Huh!

Firstly aku nak kongsi dengan korang environment dibilik aku sekarang.. Suasana sangat gelap dan ditemani bunyi deras kipas syiling aku bekerja.. Samar2 sedikit cahaya dr tingkat bawah menyusuri celahan tangga menuju ke bilik aku tingkat paling atas.. Dengan terang cahaya yang terhasil dari skrin handphone aku, aku terus menaip.. Mudah jgak dengan adanya aplikasi blogger di handphone ni.. Update bila2 masa dimana shj, even diatas tilam sebelum tido..

Ok.. Dengan mood seram aku terus gagah menyentuh skrin handphone aku berusaha menyudahkan entry ni.. Dengan sedikit perasaan seram.. Maklumlah baru lepas buat hobi baru aku ni.. Nak tau ape? Ok aku cite...

Setiap isnin sampai jumaat dari pukul 12 tgh malam sehingga 2 pagi, aku akan on radio Ria.. Ni siaran singapura yang aku ikuti melalui internet. Nak tau rancangan / slot ape... Misteri Jam 12.. Memang sangat seram dimana DJ yang bertugas iaitu DJ KC akan berkongsi pengalaman2 pendengar yang dihantar melalui emel, sms, laman sesawang facebook mahupun yang menelefon sendiri konti radio berkenaan..

Seperti biasa br td aku layan radio tu.. Pelbagai kisah yang diketengah kan sebentar td.. Aku nak kongsi 1 kisah yang best bg aku... Tp aku ringkaskan lah yeh.. Letih plak menaip.. Hihi ok aku cuba cerita dengan ringkas dan padat.. Seram plak aku rasa time2 macam ni kan... Xpe ok aku teruskan....

Kisahnya mengenai seorang wanita Singapura ni yang telah berkahwin dan menetap diJerman. Alkisahnya bermula dengab mak nya yang jatuh sakit.. Dia juga pernah pulang tp tak lama lah kan.. Maklum lah suami bekerja, dia pula nak jaga anak2 dan suami dia lagi.. Then pulang semula ke Jerman.. Sehingga pada suatu hari dia mendapat panggilan ibunya dah tenat.. Dia dan keluarganya bergegas beli tiket kapal terbang, tetapi pada waktu semua operasi penerbangan lumpuh akibat jerebu yang teruk, mereka menunggu sehingga masalah tersebut reda dan operasi kembali seperti biasa tetapi sayangnya telah terlambat.. Ibunye telah pon meninggal dunia.. Die xsempat berjumpa dengan ibunya..

Oleh kerana terlalu ingin berjumpa ibunya, dia mengambil keputusan untuk berjumpa bomoh di Jerman(ada term yang lain untuk bomoh disana aku lupa.. Sori..) Dan dia sangat gembira apabila si homoh tersebut memberitahu bahawa dia boleh membantu wanita itu untuk berjumpa ibunya tetapi dengan syarat.....

To be continue.....

Tangan aku dah lenguh dan aku nak tido.. Esok kerja.... Oo sambung esok k.. Insyaallah.. Gudnite semua..

Published with Blogger-droid v1.7.4