Oct 7, 2011

Gigi Bongsu/Wisdom Tooth...

Assalamualaikum kamu semua...

Topik hari ini gigi bongsu ataupun dipanggil wisdom tooth.. Gigi ni special sikit sbb paling lmbt tumbuh kan.. Biasanya ia akan tumbuh pada umur 17-25 tahun... Kebanyakkanya la kan...

Pada waktu penumbuhannya, kesan nye berbeza untuk setiap org ada yang tubuh dengan baik, ada yang sangat sakit sbb senget dan ade yang tak boleh tumbuh sebab terhalang.. Yang itu lagi la sakit.. Kalau nak cabut pon kena buat minor sugery..

Kalau tumbuh xbetul, boleh la dicabut.. Kalau cabut di klinik swasta, kos nya boleh mencecah rm500 sebatang... So, kalau nak murah pergi la klinik kerajaan.. Hehhe

Kenapa tetiba je aku nak kongsi pasal benda ni kan... Sebab aku sedang mengalami nya.. Oooohhhhh tidak... Sakittttt.... Gusi bengkak.... Dah 4 hari xmkn nasi.... Rindu giler kat nasi.... Kalau nak makan kena makan makanan yang lembik2 je....

Tapi mengikut kata doktor itu normal... Memang sangat sakit ok.... Takpa2 sabar ye wahai diri... Dah g klinik.. Memang doktor tak boleh buat apa2 kalau masa gusi bengkak... Just boleh bg ubat Ponstan (tahan sakit) dan antibiotik.. Apa pun kena gosok gigi bersih2 walaupun sakit dan berkumur la dengan listerine ke atau apa yang sewaktu dengannya untuk mengelakkan jangkitan...

Ok la doakan aku cepat sembuh tau.. Aku nak makan nasi banyak2... Tu diaaaaaaa... Hehhe.. K daaaa. Assalamualaikum...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sep 20, 2011

Hobi Baru yang menyeramkan part II

Assalamualikum....

Ha... seperti yang dijanjikan.. sambungan cerita semalam... ok semalam sampai tok bomoh tu bersetuju tetapi dengan syarat kan.. apa syarat nya? ikuti kisah selanjut nya.....

Syarat?? apa syarat nya? kata wanita tersebut..

"Kamu tak boleh takut dengan apa jua bentuk jelmaan arwah mak kamu nanti, jika kamu takut, ia akan menghantui mu sampai bila2..."

Wanita tu pon terperanjat dan berfikir.. ala walau teruk mana pon bentuk jelmaan tu, tu tetap ibu aku... katanya dan terus bersetuju.. selepas tu adalah bomoh tu suh wat apa entah kan dalam salah bilik di rumahnya dengan syarat ketika dia sedang bersendirian tanpa suaminya.. Kebetulan, pada ketika itu suaminya outstation.. Dia memilih bilik tidurnya di tingkat tiga.. selang beberapa hari suatu kejadian pelik berlaku, sepeti ada sesuatu akan terjadi.. Dia dapat merasakannya.. Alangkah terperanjatnya dia apabila terlihat sekujur jenazah siap berkafan di bilik nya dengan wajah ibunya sambil memanggil nya...

"XXXX(nama wanita itu..lupa namanya)... ibu datang nak..."

Dia sangat terkejut dan rasa nak lari tp dia teringat pesan bomoh tersebut, maka terus memberanikan diri. Dia meminta maaf kepada ibunya dan melepaskan semua hasrat nya.. selepas itu, dia melelapkan mata (mengikut arahan bomoh apabila sudah selesai semuanya..) dan susuk tubuh itu hilang..

Dia ingat perkara tersebut selesai setakat itu sahaja, rupanya bomoh itu terlupa memberitahunya satu perkara yang sangat penting iaitu, "benda" tersebut akan datang setiap kali suaminya tiada dirumah.. pelbagai ganguan yang berlaku pada ketika itu.. Dia pernah berjumpa kembali bomoh tersebut untuk meminta bantuan tetapi bomoh itu enggan membantunya.. Dan perkara itu berterusan sehingga sekarang.. Dia telah pon menceritakan kesalahannya itu kepada suaminya.. Mereka masih belum dapat menyelesaikan perkara tersebut, bilik di tingkat tiga itu dibiarkan kosong. Malam2 ada sahaja bunyi2 pelik yang kedengaran..

Begitulah kisah nya.. klw dengar waktu lebih kurang 1 pagi memang sangat best, seolah2 dapat membayangkannya.. Oklah klw de kisah2 best lagi masa aku aku wat hobi baru ni, aku kongsi lagi k ngan korang... k da~~

Nota Kaki: Kan bgus anda mendoakan sahaja untuk arwah kan.. lagi bagus.. Hargai parents anda sewaktu mereka masih hidup dan terus mendoakannya walaupon ketika mereka telah tiada.. Miss my parents..

Hobi Baru yang Menyeramkan....

Assalamualaikum kawan2 blog...

Hai.. Alhamdulillah dapat jgak post entry baru... Buat pengetahuan semua, jam sekarang menunjukan pukul 2.57 pagi... Huh!

Firstly aku nak kongsi dengan korang environment dibilik aku sekarang.. Suasana sangat gelap dan ditemani bunyi deras kipas syiling aku bekerja.. Samar2 sedikit cahaya dr tingkat bawah menyusuri celahan tangga menuju ke bilik aku tingkat paling atas.. Dengan terang cahaya yang terhasil dari skrin handphone aku, aku terus menaip.. Mudah jgak dengan adanya aplikasi blogger di handphone ni.. Update bila2 masa dimana shj, even diatas tilam sebelum tido..

Ok.. Dengan mood seram aku terus gagah menyentuh skrin handphone aku berusaha menyudahkan entry ni.. Dengan sedikit perasaan seram.. Maklumlah baru lepas buat hobi baru aku ni.. Nak tau ape? Ok aku cite...

Setiap isnin sampai jumaat dari pukul 12 tgh malam sehingga 2 pagi, aku akan on radio Ria.. Ni siaran singapura yang aku ikuti melalui internet. Nak tau rancangan / slot ape... Misteri Jam 12.. Memang sangat seram dimana DJ yang bertugas iaitu DJ KC akan berkongsi pengalaman2 pendengar yang dihantar melalui emel, sms, laman sesawang facebook mahupun yang menelefon sendiri konti radio berkenaan..

Seperti biasa br td aku layan radio tu.. Pelbagai kisah yang diketengah kan sebentar td.. Aku nak kongsi 1 kisah yang best bg aku... Tp aku ringkaskan lah yeh.. Letih plak menaip.. Hihi ok aku cuba cerita dengan ringkas dan padat.. Seram plak aku rasa time2 macam ni kan... Xpe ok aku teruskan....

Kisahnya mengenai seorang wanita Singapura ni yang telah berkahwin dan menetap diJerman. Alkisahnya bermula dengab mak nya yang jatuh sakit.. Dia juga pernah pulang tp tak lama lah kan.. Maklum lah suami bekerja, dia pula nak jaga anak2 dan suami dia lagi.. Then pulang semula ke Jerman.. Sehingga pada suatu hari dia mendapat panggilan ibunya dah tenat.. Dia dan keluarganya bergegas beli tiket kapal terbang, tetapi pada waktu semua operasi penerbangan lumpuh akibat jerebu yang teruk, mereka menunggu sehingga masalah tersebut reda dan operasi kembali seperti biasa tetapi sayangnya telah terlambat.. Ibunye telah pon meninggal dunia.. Die xsempat berjumpa dengan ibunya..

Oleh kerana terlalu ingin berjumpa ibunya, dia mengambil keputusan untuk berjumpa bomoh di Jerman(ada term yang lain untuk bomoh disana aku lupa.. Sori..) Dan dia sangat gembira apabila si homoh tersebut memberitahu bahawa dia boleh membantu wanita itu untuk berjumpa ibunya tetapi dengan syarat.....

To be continue.....

Tangan aku dah lenguh dan aku nak tido.. Esok kerja.... Oo sambung esok k.. Insyaallah.. Gudnite semua..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Aug 22, 2011

Suspend dowh...

Assalamualaikum...

Hari ni merupakan 22 Ogos , yang juga bermakna 22 Ramadhan.. Pejam celik pejam xcelik2 celik dah masuk fasa yang terakhir, dimana fadhilatnya kebebasan dari azab api neraka.. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dr sebelum nya..

Ok2.. Kalau korang tengok tajuk kat atas, mesti tertan

ya2 kan ape yang suspend nye.. biasa je... hahha, mmg r biasa je sbb aku belum cerita pe2 lagi, tu baru mukadimah di bulan Ramadhan (cikgu BM aku yang ajar klw nak wat karangan mesti kne ada pengenalan ngan penutup..hahha).. ok cukup..

Saje nak kongsi ngn korang cerita ni, mungkin b
oleh dijadikan bacaan lawak(xlawak ok..haha) santai, ataupun sebagai peringatan/ pengajaran.. Segalanya bermula di sebuah shopping complex kat Seremban.. Shopping pe? la shoping raya la.. aku kuar ngan aweks family aku..

Biasa lah kan diwaktu2 cam ni, memang banyak sale kan, dengan hingar-bingar manusia yang ramai, dengan "Happy Hour" sale lagi, dr 50% turun sampai 100% 70% je.. So, No wonder, begitu ramai makhluk2 kt sana kan.. termasuk lah aku.. hahah.. ye lah nak cari seluar jeans.. belum beli lagi.. =(


So, masa tengah syiiiookkk mencari, sehelai demi sehelai, sehingga berhelai2 aku try.. then xmemenuhi citarasa aku, so terpakse lah aku cari yang discount nye cikit2 je.. terjumpa lah dengan sehelai seluar ni, masih dikedai yang sama.. Mata meliar mencari discount tag.. yesssss ade, 20% je.. erm xpe lah.. kire oklah tu kan.. dari xde kan.. setelah membelek2, aku pon tanya ngan kakak kt situ, minta saiz pinggang aku, dan terus menuju ke fitting room.. Nasib baik ade 1 kosong walaupon ramai orang kan..
Dalam Fitting Room.. ala pesal ketat plak ni.. cutting dah ok.. tp pinggang muat2 je, mne boleh kan, takut masa raya, perut terbuncit terover sikit.. dah xleh pakai kan. So, aku pon kuar dan minta saiz yang lebih besar.. then masuk semula ke fitting room.. Bilik lain, tengah syiiookk try, tetibe jeng jeng jeng nama dipanggil dengan menggunakan pembesar suara.. terkejut aku.. (mase ni lah suspend bermula..).. Along aku pon dtg ke fitting room dan bertanya aku ade hilang IC ke? Aku check dompet aku, hah!!! xde!!! jeng jeng jeng


Aku suruh alongaku ambilkan kat kaunter, then along aku sampai kat aku dengan sekeping IC je.. Mana dompet aku?? aku pon terus bertanya dengan kakak kat sana, samada orang yang pulang kan ic aku tu ada bagi dompet sekali atau tidak, menurutnya orang itu perempuan, hah xde???!!! aku cool lagi, smbil berfikir.. (walaupon dalam hati aku rase cm "Aaarrrhhh mana dompet aku, $$$ yang aku baru withdraw, lesen, kad bank bla bla bla!!!").. Ok.. Releks2...


Then, ade sorang makcik ni tegur along aku, dan tanya samada dia(along) sedara aku ke, then die memulangkan dompet aku.. haaaaa legaaaaaaa.... Alhamdulillah xde satu sen pon yang lesap.. Rupa2 nya anak makcik tu yang jumpa dompet aku, dia tidak memberi kesemuanya kepada kaunter tu sebab takut ada orang yang xjujur amik duit aku.. Ya Allah memang baik dan jujur manusia itu.. bayak kali aku berterima kasih pada mereka.. tu je yang aku terfikir masa tu.. maklum lah tengah nebes lagi kan..

Menurutnya anaknya (lelaki) sebelum tu dia jugak ade jumpa handphone, dan telah memulangkan pada tuan nya.. baik kan dia... tapi sebelum kitorang berpisah ade sorang perempuan datang kepada keluarga tersebut dan bertanya pasal handphone, rupa2nya lelaki tua tak sedar diri dan *&!$%* tu bukan tuan empunya yang sebenar.. Ya Allah alangkah teruk nya akhlak orang itu, berbeza dengan orang yang telah menemuinya.. Mungkin nasib perempuan itu yang sebaik nasib aku pada waktu itu.. Alhamdulillah Ya Allah..

Aku terus kuar tanpa membeli seluar yang aku try berulang kali tu, sbb mood yang terbantut, lagipon cutting nye cm best.. terus menuju surau solat zuhur.. ok dah2.. penat aku taip panjang2 ni.. ok, aku doakan korang juga sentiasa dalam berkeadaan baik dan bernasib baik dengan bantuanNya... k.. Assalamualaikum...


p/s: tolong jgn nak excited sgt lalai ok, walaupon sibuk nak shopping raya kan, sentiasa berhati2 wala dimana anda berada.. yang baik tu amik, jadikan peribadi diri, yang teruk tu, buang jauh2, klw xnak buang jadikan teladan k.. daa


Aug 10, 2011

DuGAan RaMadhaN.....

Hai Assalamualaikum....

Apa kabar sume sahabat2 blog ku... Harap sume sihat.... Walaupon aku semalam n hari ni kurang sihat....:(

Tak tau la apa punca nya kan... Salah makan ke, terlebih makan ke, yang pasti kesan nye sangat sakit.... Hehhe.. Terpakse la aku amik mc semalam...

Ha cerita pasal mc ni, aku bengang betul ngn satu klinik ni.. Yang nama nya terpaksa dirahsiakan... Nak tau jgak? Koramg giler, kne saman aku nti... Huhu.. Cukup lah aku gtau salah satu klinik di Taman Sri Rampai... Kenapa aku bengang? Meh follow dialog ni antara aku dengan doktor...

Doc: ye, nape?(sambil berbual ngn staff die)
Aku : saya kne crit-birit dan sakit kepala...(yang doktor masih berbual dengan staff nye)
Doc : ye?
Aku : saya kne crit-birit dan sakit kepala...(yang doktor masih berbual dengan staff nye)

................ 3 kali aku ulang dialog yang sama......terbakar je aku rse.......

Doc: kenapa xdtg pagi td?
Aku : xlarat r doc... Crit brit...
Doc : sila baring..(doc tu check perut ala kadar)
Doc : tu je?
Aku : ..mengangguk.....
Aku : sy nak mc sekali ye doc...
Doc : u mau mc saja? Kenapa xmau ubat?
Aku : (terkejut..) eh tak.. Maksud saya, saya nak mc juga...
Doc : ok.. Tgu luar...

Lama gile aku tgu ubat padahal pesakit aku sorang je... Sabar chaa, ko kan sedang berpuasa...ermm ok... Lbh kurang 15 - 20 minit br dpt ubat... Huh! Taubat aku nak g klinik tu lagi... First n last...

Malam td aku xdapat tdo sebab sakit perut yang amat, ditambah dengan sakit2 badan.. (xhenti2 berzikir n doa kt tuhan supaya kurangkan rse sakit tu...) memang sangat xtahan... Alhamdulillah waktu2 getir itu dapat aku jalani wlaupon dengn genangan air mata yang tidak menitis....

Lepas sahur aku makan ubat tahan sakit, Alhamdulillah dapat melelapkan mata sejam lebih.. Sangat bersyukur...
Oklah letih dah menaip kat phone ni... See u in next post ya.. Oh ye... Please wish me get well soon ya.... :-)

P/s: semoga dugaan malam td tidak berulang, tp jika itu ketentuanNya, aku redha.....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aug 6, 2011

Selamat berpuasa!

Assalamualaikum my fren.....

Hai..... Pejam celik pejam celik, da tiba bulan ramadhan semula kan.. Cm biasa lah... Bulan ni adalah lubuk pahala untuk umat islam kan.. Untuk yang bukan islam bulan ni juga sangat istimewa sbg 'lubuk' makanan.. Hehe

Selain dr berpuasa, terawih, baca Al-Quran... Banyak lagi yang kita boleh wat kan.. Yang penting tingkat kan prestasi kurang kan kontrovesi... Ermmm spt pernah ku dengar kata2 ini tp dimana ya...

Dalam berlumba2 wat ibadah2 besar jgn lpe yang kecik2 yang sbnrnya sangat lah penting... Sperti ape? Ha'ah lah seperti ape yeh.. Ha seperti bende yang sangat asas ni.. Percakapan... Yang selalu mengumpat + mencarut + menengking + mengata dan semua men men yang len lah ye.. Kurangkan lah, yang paling baik buang terus.. Lg terbaek kan.. Pesanan ni untuk diri aku jgak yang xbrapa nak baik ni kan.. Insyaallah sesama lah kite ye...

Tetiba fikiran aku menyimpang sekejap dr ruang ni... Ter fikir juadah ape yang nak di makan berbuka nti... Hehe... Pepon ingat jgn smp membazir k... Pesanan ni pon untuk aku jgak.hahah...

K lah, letih menaip... Ha FYI, ni kali kedua aku update blog ni guna phone.. Sangat mudah + senang + easy... Sebab tu dah rajin ckit kan.. Hihi.. Akhir kata, Selamat menyambut bulan Ramadhan dan ibadah2 didalam nya.... Insyaallah..

P/s: suka layan lagu opick- Allah Ya Nur... Best.. Jom lah dengar sesama..... K daaa... C u in next post...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aug 4, 2011

Exam Oracle Java...

Assalamualaikum sume....

Hai sume.. Bersawang lagi blog aku ni kan.. Npe aku semakin "rajin" ni... Aish..... Sori ye kengkawan...

Ni nak cite ni, esok aku ade exam untuk dapatkan certification, spt yg dinyatakan kt atas tu.. Atas mne? La yang atas tu... Kt tajuk tu...

Perasaan? Erm gembira dan hurey hurey... Ish mestilah nebes... Harap2 lulus lah sbb ni target aku... Pagi td aku dah complete wat 290 soklan, so sekarang time to revision.. Ye awak, revise 290 soklan...

So ape lg tu? Xreti2 nak mule ke? Hehehe.. Ok2... Nak mule la ni... Ckit lagi... Wish me gudluck yeh... Insyaallah.. Oklah smp cni dulu k.... Bye....

P/s: Dalam bulan ramadhan ni sume ibadah kite berganda2 ganjaran nye... So, selamat berpuasa dan selamat kumpul saham akhirat k... :-))
Published with Blogger-droid v1.7.4