Dec 28, 2011

Cuti cuti....

Assalamualaikum sume...


Hari ni adalah 28hb... Yg best nye aku masih cuti... Cuti ape? Ermmm cuti ape yeh? Heheh.. Cuti2 tahunan aku yg melambak tu kan. Harus la digunakan..


     Pejam celik pejam celik dah setahun kan.. Ermmm rse cam cepat sangat... Pepon wish me success dapat kje baru yang sesuai dengan aku k.. Ok la.. Daaa.. Jumpa lg... Nak tido.. Huhuh..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Nov 22, 2011

Pulau Pinang...

Assalamualaikum...

Saja nak kongsi cerita... hujung minggu lepas yakni 19hb - 20hb 2011, aku ke Pulau pinang.. First smp PP... ermm agak excited...lagi masa lalu Jambatan Pulau Pinang.. syiookk.. Officemate kawen...

19 Nov 2011

Menunggu member datang menjemput kitorang (officemate), hampir kol 11 kot dia smp, semppat tertido.. huhuh.. Then teruskan perjalanan perjalanan mengambil masa kira2 5 Jam.. Dengan kesesakan lalu lintasnya, hujan nya, so mmg lmbat la.. Then smp ke jambatan PP.. Kena bayar tol da.. RM7 untuk masuk ke PP.. Panjang jambatan nye... Pastu cari Hotel yang telah aku booking, hotel ape? erm.... Gurney Zahra Inn... Not bad la.. harga pun xmahal sgt, amik Deluxe size, RM109.. Setelah selamat check-in dan solat, terus keluar cari makan.. lapar beb..




Apa lagi cari Nasi Kandaq(loghat utagha).. Info dari receptionist tu, yang fofular LineClear.. Kat Penang Road.. Boleh tahan la sedap nya, walaupun kedai nya tepi bangunan je tp tetap beratur panjang.. Terbaeekkk... Setelah kenyang, tentatif diteruskan dengan menghantar slh seorang dr member aku ke rumah pengantin sebab dia jadi Photographer... Sekali lagi melintasi Jambatan PP.. lepas hantar kitorang terus pulang ke pulau, sekali lgi melintasi jambatan PP.. heheh.. Kami menuju ke Batu Feringgi.. Dah malam dah mse tu dalam pukul 8 lebih.. kt cne meriah ngan Night Market.. Macam2 barang yang ade kt sana.. Aku beli something.. Apa? Rahsia.. huhuh...

Lepas tu kami terus pulang ke tempat penginapan. Lepas park kete, kami xnaik bilik terus, kami mencari tempat makan yang berhampiran.. Banyak gerai2.. Seorang makan Nasi lemak Cilibilis, seorang makan pesemboq, aku makan char kuey teaw... Sedap jgak... pastu baru blik berehat dan tdo...

20 Nov 2011

To Be Continue.....

Nov 8, 2011

Jangan begitu A.N.G.K.U.H.....

Assalamualaikum...

video

Post kali ni saje je nak share something... Kita tidak perlu menjadi terlalu angkuh dengan diri sendiri kerana pencipta adalah yang Maha Esa... Yang baik jadikan ikhtibar, yang buruk jadikan sempadan.. Doakan mereka mendapat hidayah, begitu juga kita.. Contoh Irma Hasmie kan.. dah berhijrah da.. Insyaallah... k la.. da... =)

Oct 30, 2011

Hoben jang Hoben!!

Assalamualaikum..

Berakhirlah sudah Piala Malaysia musim ini.. Tahniah kepada Pasukan Nogoghi Sembilan.. Korang memang terbaek dengan jaringan kemenangan 2-1 terhadap Terengganu.. Ucapan terima kasih juga kepada Hai-O yang telah menjaringkan gol.. You're the best bro...

Ni senarai kesebelasan N9...

  1. Norhafiz Zamani Misbah
  2. S. Kunanlan
  3. Mohamad Aidil Zafuan
  4. Shaurain Abu Samah
  5. Abdul Halim Zainal
  6. Muhamad Shukor Adan (K)
  7. Qhairul Anwar Roslani
  8. Idris Abd Karim
  9. Hairuddin Omar
  10. Irwan Fadli Idrus
  11. Mohd Farizal Marlias (pg)

Tapi syg aku xdapat tengok streaming pon xdapat.. takpe2 nti aku download.. heheh.. Pepon tahniah lagi sekali kepada waghih2 nogoghi ni, bersusah payah harumkan namo nogoghi kito.. Terengganu dh kono hoben... heheh.. xpe2 kepada Terengganu, keep it up for next year ok.. Peace no war!!

Oct 7, 2011

Gigi Bongsu/Wisdom Tooth...

Assalamualaikum kamu semua...

Topik hari ini gigi bongsu ataupun dipanggil wisdom tooth.. Gigi ni special sikit sbb paling lmbt tumbuh kan.. Biasanya ia akan tumbuh pada umur 17-25 tahun... Kebanyakkanya la kan...

Pada waktu penumbuhannya, kesan nye berbeza untuk setiap org ada yang tubuh dengan baik, ada yang sangat sakit sbb senget dan ade yang tak boleh tumbuh sebab terhalang.. Yang itu lagi la sakit.. Kalau nak cabut pon kena buat minor sugery..

Kalau tumbuh xbetul, boleh la dicabut.. Kalau cabut di klinik swasta, kos nya boleh mencecah rm500 sebatang... So, kalau nak murah pergi la klinik kerajaan.. Hehhe

Kenapa tetiba je aku nak kongsi pasal benda ni kan... Sebab aku sedang mengalami nya.. Oooohhhhh tidak... Sakittttt.... Gusi bengkak.... Dah 4 hari xmkn nasi.... Rindu giler kat nasi.... Kalau nak makan kena makan makanan yang lembik2 je....

Tapi mengikut kata doktor itu normal... Memang sangat sakit ok.... Takpa2 sabar ye wahai diri... Dah g klinik.. Memang doktor tak boleh buat apa2 kalau masa gusi bengkak... Just boleh bg ubat Ponstan (tahan sakit) dan antibiotik.. Apa pun kena gosok gigi bersih2 walaupun sakit dan berkumur la dengan listerine ke atau apa yang sewaktu dengannya untuk mengelakkan jangkitan...

Ok la doakan aku cepat sembuh tau.. Aku nak makan nasi banyak2... Tu diaaaaaaa... Hehhe.. K daaaa. Assalamualaikum...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sep 20, 2011

Hobi Baru yang menyeramkan part II

Assalamualikum....

Ha... seperti yang dijanjikan.. sambungan cerita semalam... ok semalam sampai tok bomoh tu bersetuju tetapi dengan syarat kan.. apa syarat nya? ikuti kisah selanjut nya.....

Syarat?? apa syarat nya? kata wanita tersebut..

"Kamu tak boleh takut dengan apa jua bentuk jelmaan arwah mak kamu nanti, jika kamu takut, ia akan menghantui mu sampai bila2..."

Wanita tu pon terperanjat dan berfikir.. ala walau teruk mana pon bentuk jelmaan tu, tu tetap ibu aku... katanya dan terus bersetuju.. selepas tu adalah bomoh tu suh wat apa entah kan dalam salah bilik di rumahnya dengan syarat ketika dia sedang bersendirian tanpa suaminya.. Kebetulan, pada ketika itu suaminya outstation.. Dia memilih bilik tidurnya di tingkat tiga.. selang beberapa hari suatu kejadian pelik berlaku, sepeti ada sesuatu akan terjadi.. Dia dapat merasakannya.. Alangkah terperanjatnya dia apabila terlihat sekujur jenazah siap berkafan di bilik nya dengan wajah ibunya sambil memanggil nya...

"XXXX(nama wanita itu..lupa namanya)... ibu datang nak..."

Dia sangat terkejut dan rasa nak lari tp dia teringat pesan bomoh tersebut, maka terus memberanikan diri. Dia meminta maaf kepada ibunya dan melepaskan semua hasrat nya.. selepas itu, dia melelapkan mata (mengikut arahan bomoh apabila sudah selesai semuanya..) dan susuk tubuh itu hilang..

Dia ingat perkara tersebut selesai setakat itu sahaja, rupanya bomoh itu terlupa memberitahunya satu perkara yang sangat penting iaitu, "benda" tersebut akan datang setiap kali suaminya tiada dirumah.. pelbagai ganguan yang berlaku pada ketika itu.. Dia pernah berjumpa kembali bomoh tersebut untuk meminta bantuan tetapi bomoh itu enggan membantunya.. Dan perkara itu berterusan sehingga sekarang.. Dia telah pon menceritakan kesalahannya itu kepada suaminya.. Mereka masih belum dapat menyelesaikan perkara tersebut, bilik di tingkat tiga itu dibiarkan kosong. Malam2 ada sahaja bunyi2 pelik yang kedengaran..

Begitulah kisah nya.. klw dengar waktu lebih kurang 1 pagi memang sangat best, seolah2 dapat membayangkannya.. Oklah klw de kisah2 best lagi masa aku aku wat hobi baru ni, aku kongsi lagi k ngan korang... k da~~

Nota Kaki: Kan bgus anda mendoakan sahaja untuk arwah kan.. lagi bagus.. Hargai parents anda sewaktu mereka masih hidup dan terus mendoakannya walaupon ketika mereka telah tiada.. Miss my parents..

Hobi Baru yang Menyeramkan....

Assalamualaikum kawan2 blog...

Hai.. Alhamdulillah dapat jgak post entry baru... Buat pengetahuan semua, jam sekarang menunjukan pukul 2.57 pagi... Huh!

Firstly aku nak kongsi dengan korang environment dibilik aku sekarang.. Suasana sangat gelap dan ditemani bunyi deras kipas syiling aku bekerja.. Samar2 sedikit cahaya dr tingkat bawah menyusuri celahan tangga menuju ke bilik aku tingkat paling atas.. Dengan terang cahaya yang terhasil dari skrin handphone aku, aku terus menaip.. Mudah jgak dengan adanya aplikasi blogger di handphone ni.. Update bila2 masa dimana shj, even diatas tilam sebelum tido..

Ok.. Dengan mood seram aku terus gagah menyentuh skrin handphone aku berusaha menyudahkan entry ni.. Dengan sedikit perasaan seram.. Maklumlah baru lepas buat hobi baru aku ni.. Nak tau ape? Ok aku cite...

Setiap isnin sampai jumaat dari pukul 12 tgh malam sehingga 2 pagi, aku akan on radio Ria.. Ni siaran singapura yang aku ikuti melalui internet. Nak tau rancangan / slot ape... Misteri Jam 12.. Memang sangat seram dimana DJ yang bertugas iaitu DJ KC akan berkongsi pengalaman2 pendengar yang dihantar melalui emel, sms, laman sesawang facebook mahupun yang menelefon sendiri konti radio berkenaan..

Seperti biasa br td aku layan radio tu.. Pelbagai kisah yang diketengah kan sebentar td.. Aku nak kongsi 1 kisah yang best bg aku... Tp aku ringkaskan lah yeh.. Letih plak menaip.. Hihi ok aku cuba cerita dengan ringkas dan padat.. Seram plak aku rasa time2 macam ni kan... Xpe ok aku teruskan....

Kisahnya mengenai seorang wanita Singapura ni yang telah berkahwin dan menetap diJerman. Alkisahnya bermula dengab mak nya yang jatuh sakit.. Dia juga pernah pulang tp tak lama lah kan.. Maklum lah suami bekerja, dia pula nak jaga anak2 dan suami dia lagi.. Then pulang semula ke Jerman.. Sehingga pada suatu hari dia mendapat panggilan ibunya dah tenat.. Dia dan keluarganya bergegas beli tiket kapal terbang, tetapi pada waktu semua operasi penerbangan lumpuh akibat jerebu yang teruk, mereka menunggu sehingga masalah tersebut reda dan operasi kembali seperti biasa tetapi sayangnya telah terlambat.. Ibunye telah pon meninggal dunia.. Die xsempat berjumpa dengan ibunya..

Oleh kerana terlalu ingin berjumpa ibunya, dia mengambil keputusan untuk berjumpa bomoh di Jerman(ada term yang lain untuk bomoh disana aku lupa.. Sori..) Dan dia sangat gembira apabila si homoh tersebut memberitahu bahawa dia boleh membantu wanita itu untuk berjumpa ibunya tetapi dengan syarat.....

To be continue.....

Tangan aku dah lenguh dan aku nak tido.. Esok kerja.... Oo sambung esok k.. Insyaallah.. Gudnite semua..

Published with Blogger-droid v1.7.4