Sep 17, 2008

ISLAM KE CAMTU???!!???

Assalamualaikum..

Peristiwa ni berlaku pada 13/09/2008 juga bersamaan pada 13 Ramadhan, mase tu aku ke bandar S bersama seorang kawan. Kami membuat Keputusan untuk menaiki bas sebab maklum r bulan pose ni, tak larat nak naik motor jauh2, letih. kalau naik bas awam boleh tido. hehehe.. kami bertolak pada awal pagi lebih kurang pukul 7.45 pagi. Setelah hampir 45 minit menunggu bas, kami memulakan perjalanan.

Perjalanan ni memerlukan kami berhenti di stesen bas B untuk menaiki bas ke S.. Lebih kurang pukul 11.15 pagi kami sampai di S. Mengikut perancangan kami sepatutnye kami perlu bertolak pulang pada pukul 3 .00 petang untuk menaiki bas terakhir dari bahau ke rumah, akan tetapi terlajak sehingga pukul 4 lebih.

Alhamdulillah, sempat juga naik bas terakhir tersebut. ha... kat sini r bermulanya cerita yang ni.. panjang juga yeh mukadimahnya kan.. tapi tak pe r.. nak latih orang Malaysia banyak membace..heheh

Peristiwa menyedihkan aku dan umat islam ni bermula masa kami menaiki bas terakhir tu, ade satu group ni. yang pastinya mereka memang orang melayu, tapi aku malu r nak mengaku yang mereka tu orang islam(sedih r...:( ). Mereka duduk ditempat duduk panjang di belakang sekali. mereka lebih kurang seramai 3 atau 4 orang. Aku dan kawan aku terpakse berdiri sebab tempat duduk dah penuh dan berdiri berhampiran mereka.

Dibahagian belakang tu ade sepasang "couple" Melayu(tak tau r yang lelaki ni salah seorang dari "mereka" atau pun tidak), "mereka", dan 3 orang India. Tanpa segan silu dan memikirkan akan bulan yang teristimewa bagikita ni, mereka boleh bergurau-gurau mesra sambil mencium pipi pasangan nya. kami yang terpandang pula yang rasa segan. tak tau r die pose ke tak kan. Si "perempuan tu pula ikut je ape yang si "jantan" tu nak. Kesian kan die.. tak guna otak kot.. Maayaallah..ISLAM KE CAMTU???!!???

Itu satu hal, ni ade lagi satu cerita yang berlaku pada saat dan tempat yang sama. "Mereka" tadi tu tanpa segan dan rasa bersalah menyalakan rokok masing-masing, 3 orang India yang duduk di sebelah "mereka" pelik melihat tindakan "mereka" tadi(bayangkan r orang India pun pelik, ni kan "mereka") ish3x!! apa yang lebih memalukan, dengan bangga dan yakin "mereka" berkata kepada India tersebut "ape pandang-pandang? aku ni klw tak pose tak payah sorok-sorok,terang-terang je". adakah patut diorang cakap camtu, sedangkan kaum Hawa yang Allah bagi "mc" pun tak boleh menunjuk-nunjuk, inikan "mereka" yang masih kuat dan muda lagi tu. sedikit pun tak terdetik dalam hati "mereka" untuk memikirkan tanggungjawab "mereka" kepada Allah. Subhanallah!! Kemudian mereka terus berbual dengan India tersebut, antaranya perbualannya, "mereka" berkata "korang ade awek tak?", Indian tu pun menjawab, tidak, maklum r perkara macam tu tak perlu kot nak cerita kat orang lain kan, lagi-lagi orang macam "mereka". Ape yang mengejutkan, "mereka" yang tau malu tu berkata camni "wei, tak baik menipu, berdose tau, ni kan bulan pose". Hati aku ketawa sinis, sambil berbisik, layak ke "mereka" cakap camtu? diri sendiri pun tak betul. ISLAM KE CAMTU??!!??

Ape pun, cerita ni tak berniat pun untuk menghina atau memalukan sesiapa. Ni pun dah dirahsiakan tempat dan nama. Hanya untuk kita jadikan tauladan dan pengajaran. dan kita doakan "mereka" sedar kesilapan yang telah dilakukan dan diberi petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t. Amin....

2 comments:

ayu_alis said...

sabo jelah chaa....bkn sume org tahu malu...lg2 bdk2 mcm tu...lg le x tahu malu...

ibniGHAFAR said...

masa tu ko dengan sapeer ek?