Sep 20, 2011

Hobi Baru yang menyeramkan part II

Assalamualikum....

Ha... seperti yang dijanjikan.. sambungan cerita semalam... ok semalam sampai tok bomoh tu bersetuju tetapi dengan syarat kan.. apa syarat nya? ikuti kisah selanjut nya.....

Syarat?? apa syarat nya? kata wanita tersebut..

"Kamu tak boleh takut dengan apa jua bentuk jelmaan arwah mak kamu nanti, jika kamu takut, ia akan menghantui mu sampai bila2..."

Wanita tu pon terperanjat dan berfikir.. ala walau teruk mana pon bentuk jelmaan tu, tu tetap ibu aku... katanya dan terus bersetuju.. selepas tu adalah bomoh tu suh wat apa entah kan dalam salah bilik di rumahnya dengan syarat ketika dia sedang bersendirian tanpa suaminya.. Kebetulan, pada ketika itu suaminya outstation.. Dia memilih bilik tidurnya di tingkat tiga.. selang beberapa hari suatu kejadian pelik berlaku, sepeti ada sesuatu akan terjadi.. Dia dapat merasakannya.. Alangkah terperanjatnya dia apabila terlihat sekujur jenazah siap berkafan di bilik nya dengan wajah ibunya sambil memanggil nya...

"XXXX(nama wanita itu..lupa namanya)... ibu datang nak..."

Dia sangat terkejut dan rasa nak lari tp dia teringat pesan bomoh tersebut, maka terus memberanikan diri. Dia meminta maaf kepada ibunya dan melepaskan semua hasrat nya.. selepas itu, dia melelapkan mata (mengikut arahan bomoh apabila sudah selesai semuanya..) dan susuk tubuh itu hilang..

Dia ingat perkara tersebut selesai setakat itu sahaja, rupanya bomoh itu terlupa memberitahunya satu perkara yang sangat penting iaitu, "benda" tersebut akan datang setiap kali suaminya tiada dirumah.. pelbagai ganguan yang berlaku pada ketika itu.. Dia pernah berjumpa kembali bomoh tersebut untuk meminta bantuan tetapi bomoh itu enggan membantunya.. Dan perkara itu berterusan sehingga sekarang.. Dia telah pon menceritakan kesalahannya itu kepada suaminya.. Mereka masih belum dapat menyelesaikan perkara tersebut, bilik di tingkat tiga itu dibiarkan kosong. Malam2 ada sahaja bunyi2 pelik yang kedengaran..

Begitulah kisah nya.. klw dengar waktu lebih kurang 1 pagi memang sangat best, seolah2 dapat membayangkannya.. Oklah klw de kisah2 best lagi masa aku aku wat hobi baru ni, aku kongsi lagi k ngan korang... k da~~

Nota Kaki: Kan bgus anda mendoakan sahaja untuk arwah kan.. lagi bagus.. Hargai parents anda sewaktu mereka masih hidup dan terus mendoakannya walaupon ketika mereka telah tiada.. Miss my parents..

No comments: