Feb 18, 2010

Di waktu cuti ku...

Assalamualaikum...

Sekarang ni still lg dalam mood cuti.. Mid term break for 1 week.. alhamdulillah, thanks to Allah b'coz this holiday our(my family n me..) dream comes true... nak tau ape? Akhirnya kitorang sampai jugak kat umah Angah.. bukan ape sejak angah berpindah ke nun jauh kat pantai timur tu, kami tak pernah berkesempatan ke rumah nya... tp hari sabtu lepas 13/2/2008 kami bertolak dr Seremban ke Terengganu.. Angah pon excited sgt tgu ketibaan kitorang just like us..

Bertolak sekitar 9.30 malam menjadikan perjalanan tersebut pengalaman baru dalam hidup aku.. aku tak pernah sampai ke pantai timur, so this is my 1st time.. so, kami bergerak dengan 2 buah kereta yang terus meluncur membelah kesejukan malam(eh dah macam dalam novel pak kan?? ke aku je yang perasan? ahh.. biarlah). Aku dan alang merupakan pemandu untuk kereta kami manakala satu lagi abang aku lah yang bertanggungjawab.

Dari mula perjalanan kami berkire2 dengan jarak sebenar dari seremban ke Terengganu, ternyata jauh.. ketika pekat tengah malam dan awal pagi mule menjenguk, kiri dan kanan kami hitam pekat.. mungkin hanya dihiasi hutan.. itulah uniknya Pahang.. keluasan hutan nye masih lg terjaga.. kami menempuh Gambang, Kuantan, Cherating sebelum ke Kemaman.. berjam2 memandu menjadikan mata aku lemah berat, lalu tugas aku beralih kepada alang. Dan aku tertidur lena.. aku pon tak ingat berapa kali kami berhenti memulihkan tenaga sepangjang perjalanan itu..

Akhirnye sampai ke Kemaman, tp waktu itu aku lena dalam keletihan(maklum r letih memandu dan letih baru je balik dr Shah Alam petang tu..).. aku hanye sedar seketika sewaktu kami melalui Petronas di Kerteh. Wow sangat memukau pandangan aku dengan cahaya lampu dan api yang terbakar marak di corong2 serombong nye.. aku tertido semula, buka je mata dh sampai depan rumah Angah. Gembiranya perasaan kerana destinasi dituju sudah didepan mata kira2 jam 5.30 pagi..

Hari pertama disan Abang ipar dan Angah sekelurga membawa kami berjalan. Kami ke Masjid terapung dan menunaikan solat zuhur dan Asar disana juga turut bergambar. Kemudian tujuan kami beralih ke Pasar Payang.. ramai nye manusia.. kat sana banyak jual baju2, kain batik, dan barangan lain.. aku agak kerimasan sikit dengan banjiran manusia dan terik matahari.. setalah beberapa jam, kami bergerak pulang tetapi sempat lagi singgah di pantai Kelulut.. Cantinye.... cume tak ramai orang mandi kat sana sebab omabk nye agak besar.. so, kitorang just main2 air laut je, basah kan kai dan bergambar.. Setelah solat kami bergerak pulang ke rumah Angah, makan dan berbual2 dan melelapkan mata, melemahkan badan yang keletihan.

Keesokkan nya kami pulang ke Seremban, walaupon tak puas tp kami pulang pasrah akur tugasan kerja Abang dan Alang. kami memulakan perjalanan pukul 12 tghari. Dalam perjalan kami singgah di Gerai 18 untuk shopping Keropok lekor.. lebih rm 100 telah dibelanjakan.. bukan untuk kami sahaja, juga menjadikan buah tangan untuk jiran dan rakan taulan.. erm.. begitulah lebih kurang gambaran cerita aku ke Terengganu..

selepas 2 hari berehat dirumah aku terpaksa pulang ke Shah Alam dengan hati yang maha berat.. Tugasan dan masalah yang aku tinggalkan sebelum cuti sedang menanti.. apepon, aku tetap bersyukur kepada Allah kerana memberikan cuti aku ini penuh makna.. i wish that happy moment will give me some strength to face my "tanggungjawab" soon.. i guest...

Berat nye hati ni, tapi takpe r, Allah kan ada dimana2 untuk mendengar rintihan dan doa kite.. See u in Shah Alam..


p/s : bila lah lagi aku akan dapat pulang ke rumah... huh!

2 comments:

Joe_Hans said...

balik sudeyh... pulut ko baper lamer lagi stdy??

luckyS said...

erm klw takde pe2 yang menghalang hujung tahun ni abis r.. ko? dah final sem kan?