Aug 22, 2011

Suspend dowh...

Assalamualaikum...

Hari ni merupakan 22 Ogos , yang juga bermakna 22 Ramadhan.. Pejam celik pejam xcelik2 celik dah masuk fasa yang terakhir, dimana fadhilatnya kebebasan dari azab api neraka.. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dr sebelum nya..

Ok2.. Kalau korang tengok tajuk kat atas, mesti tertan

ya2 kan ape yang suspend nye.. biasa je... hahha, mmg r biasa je sbb aku belum cerita pe2 lagi, tu baru mukadimah di bulan Ramadhan (cikgu BM aku yang ajar klw nak wat karangan mesti kne ada pengenalan ngan penutup..hahha).. ok cukup..

Saje nak kongsi ngn korang cerita ni, mungkin b
oleh dijadikan bacaan lawak(xlawak ok..haha) santai, ataupun sebagai peringatan/ pengajaran.. Segalanya bermula di sebuah shopping complex kat Seremban.. Shopping pe? la shoping raya la.. aku kuar ngan aweks family aku..

Biasa lah kan diwaktu2 cam ni, memang banyak sale kan, dengan hingar-bingar manusia yang ramai, dengan "Happy Hour" sale lagi, dr 50% turun sampai 100% 70% je.. So, No wonder, begitu ramai makhluk2 kt sana kan.. termasuk lah aku.. hahah.. ye lah nak cari seluar jeans.. belum beli lagi.. =(


So, masa tengah syiiiookkk mencari, sehelai demi sehelai, sehingga berhelai2 aku try.. then xmemenuhi citarasa aku, so terpakse lah aku cari yang discount nye cikit2 je.. terjumpa lah dengan sehelai seluar ni, masih dikedai yang sama.. Mata meliar mencari discount tag.. yesssss ade, 20% je.. erm xpe lah.. kire oklah tu kan.. dari xde kan.. setelah membelek2, aku pon tanya ngan kakak kt situ, minta saiz pinggang aku, dan terus menuju ke fitting room.. Nasib baik ade 1 kosong walaupon ramai orang kan..
Dalam Fitting Room.. ala pesal ketat plak ni.. cutting dah ok.. tp pinggang muat2 je, mne boleh kan, takut masa raya, perut terbuncit terover sikit.. dah xleh pakai kan. So, aku pon kuar dan minta saiz yang lebih besar.. then masuk semula ke fitting room.. Bilik lain, tengah syiiookk try, tetibe jeng jeng jeng nama dipanggil dengan menggunakan pembesar suara.. terkejut aku.. (mase ni lah suspend bermula..).. Along aku pon dtg ke fitting room dan bertanya aku ade hilang IC ke? Aku check dompet aku, hah!!! xde!!! jeng jeng jeng


Aku suruh alongaku ambilkan kat kaunter, then along aku sampai kat aku dengan sekeping IC je.. Mana dompet aku?? aku pon terus bertanya dengan kakak kat sana, samada orang yang pulang kan ic aku tu ada bagi dompet sekali atau tidak, menurutnya orang itu perempuan, hah xde???!!! aku cool lagi, smbil berfikir.. (walaupon dalam hati aku rase cm "Aaarrrhhh mana dompet aku, $$$ yang aku baru withdraw, lesen, kad bank bla bla bla!!!").. Ok.. Releks2...


Then, ade sorang makcik ni tegur along aku, dan tanya samada dia(along) sedara aku ke, then die memulangkan dompet aku.. haaaaa legaaaaaaa.... Alhamdulillah xde satu sen pon yang lesap.. Rupa2 nya anak makcik tu yang jumpa dompet aku, dia tidak memberi kesemuanya kepada kaunter tu sebab takut ada orang yang xjujur amik duit aku.. Ya Allah memang baik dan jujur manusia itu.. bayak kali aku berterima kasih pada mereka.. tu je yang aku terfikir masa tu.. maklum lah tengah nebes lagi kan..

Menurutnya anaknya (lelaki) sebelum tu dia jugak ade jumpa handphone, dan telah memulangkan pada tuan nya.. baik kan dia... tapi sebelum kitorang berpisah ade sorang perempuan datang kepada keluarga tersebut dan bertanya pasal handphone, rupa2nya lelaki tua tak sedar diri dan *&!$%* tu bukan tuan empunya yang sebenar.. Ya Allah alangkah teruk nya akhlak orang itu, berbeza dengan orang yang telah menemuinya.. Mungkin nasib perempuan itu yang sebaik nasib aku pada waktu itu.. Alhamdulillah Ya Allah..

Aku terus kuar tanpa membeli seluar yang aku try berulang kali tu, sbb mood yang terbantut, lagipon cutting nye cm best.. terus menuju surau solat zuhur.. ok dah2.. penat aku taip panjang2 ni.. ok, aku doakan korang juga sentiasa dalam berkeadaan baik dan bernasib baik dengan bantuanNya... k.. Assalamualaikum...


p/s: tolong jgn nak excited sgt lalai ok, walaupon sibuk nak shopping raya kan, sentiasa berhati2 wala dimana anda berada.. yang baik tu amik, jadikan peribadi diri, yang teruk tu, buang jauh2, klw xnak buang jadikan teladan k.. daa


No comments: